Bantuan Khas RM700 Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM700 kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah pada Januari 2023.

Dalam masa sama, kerajaan juga bersetuju memberikan BKK berjumlah RM350 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen pada tempoh yang sama.

Pengumuman sedemikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai ‘berita baik buat penjawat awam’ seperti yang dilapor oleh Bernama sebentar tadi.

Selain BKK, Ismail turut mengumumkan beberapa lagi faedah lain yang bakal dinikmati oleh penjawat awam.

Sumber : Bernama

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *