TERKINI: Najib Tiba Di Penjara Kajang

Kenderaan hitam membawa Datuk Seri Najib Razak dilaporkan tiba di Penjara Kajang pada jam 6.05 petang. 

KUALA LUMPUR: Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Penjara Kajang jam 6.05 petang tadi.

Beliau dibawa dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dan diiringi kenderaan polis.

Terdahulu, pihak media dilaporkan memenuhi pintu masuk Penjara Sungai Buloh, bagi menantikan konvoi yang membawa Najib dari Putrajaya, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun, pada jam 5.15 petang, maklumat menyatakan Najib akan dibawa ke Penjara Kajang. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *