Polis Buru Dua Lelaki Terlibat Kes Ragut Di Inanam

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ragut di Jalan Kampung Kitobu-Keronggu Inanam baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, orang ramai juga diminta membantu menyalurkan maklumat tentang insiden tersebut.

Beliau berkata, dalam kejadian ragut yang berlaku pada 14 Ogos lalu, kedua-dua suspek yang menaiki motosikal didapati meragut beg sandang yang dipakai oleh mangsa wanita tersebut.

“Akibat pergelutan yang berlaku antara mangsa dan suspek, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dada dan kedua-dua lengan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Ad Zumin Ajamu di talian 014-5521425.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *