Gereja Katolik Di Keningau Diceroboh

Anggota polis menjalankan siasatan di Gereja Katedral St Francis Xavier, Keningau, Sabah. – Foto Facebook

KENINGAU : Sebuah gereja Katolik di Keningau, Sabah, dilaporkan diceroboh individu tidak dikenali pagi tadi.

Keuskupan Keningau dalam kenyataan berkata individu terbabit telah merosakkan patung serta salib milik Gereja Katedral St Francis Xavier dalam kejadian sekitar 7.30 pagi tadi.

“Orang awam diharapkan bersabar dan berhenti membuat spekulasi serta andaian tidak tepat berhubung insiden ini kerana pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian,” katanya di Facebook.

Katanya, bahagian siasatan jenayah polis daerah menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Ketua Polis Keningau, Nor Rafidah Kasim, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyatan berhubung kejadian itu. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *