1 Maut 1 Parah, Dua Lori Bertembung Di Lahad Datu

keadaan lori yang rosak selepas kemalangan berlaku.

LAHAD DATU : Seorang kelindan lori lelaki maut selepas lori Isuzu NPR yang dinaiki beliau bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Segama, di sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 19 tahun itu disahkan mati di tempat kejadian oleh pihak hospital ketika operasi menyelamat dijalankan.

keadaan lori yang rosak selepas kemalangan berlaku.

Seorang lagi mangsa lelaki yang merupakan pemandu lori Isuzu NPR tersebut mengalami cedera parah dan dikejarkan ke hospital selepas diberi rawatan awal oleh EMRS Bomba.

Manakala pemandu lori tangki iaitu seorang lelaki yang berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan ketika kejadian itu berlaku.

Kejadian yang berlaku pada jam 5.21 pagi itu berjarak 16 kilometer daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu. 

Pegawai operasi, Abdul Salam berkata, pihak bomba turut dibantu oleh polis dan KKM ketika operasi menyelamat itu dijalankan bagi memastikan kawasan kemalangan itu bebas daripada bahaya lain akibat kejadian.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.Pasukan bomba selepas itu menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain,” kata beliau.

Operasi menyelamat tamat pada pukul 7.50 pagi selepas kawasan kemalangan dibersihkan oleh pihak bomba.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *