Pemandu Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Di Lahad Datu

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya.

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Saga LMST dan Isuzu D-Max di KM13, Jalan Segama, di sini awal pagi ini.

Yang maut adalah pemandu Proton Saga yang berusia 28 tahun, manakala kanak-kanak yang cedera itu merupakan penumpangnya.

Pemandu D-Max itu iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun turut cedera dalam kemalangan tersebut.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu diterima menerusi talian MERS 999 pada jam 5.48 pagi dan sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Asmori Dahhiarsyah daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikejarkan ke lokasi.

Pemandu Proton Saga itu disahkan meninggal dunia di itempat kejadian oleh anggota perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi. Dua mangsa yang mengalami kecederaan itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. 

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh anggota KKM di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 

Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain dilokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.02 pagi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *