KENINGAU : Griselda Gilbert, pelajar seni kulinari Kolej Vokasional Keningau, telah mendapat hadiah pertama dalam kategori haiku di festival seni Australia yang dianjurkan secara jarak jauh pada 20 Mei 2022.
Haiku ialah sejenis puisi pendek yang berasal dari jepun.
Haiku adalah puisi yang terdiri dari tiga baris dan setiap ayat hendakah ditulis dengan sukukata tertentu iaitu lima sukukata untuk baris yang pertama, tujuh sukukata bagi baris yang kedua dan baris terakhir mempunyai lima sukukata.
Tema bagi puisi haiku adalah alam semulajadi dan suasana persekitaran. Griselda menulis tiga haiku yang menggambarkan suasana di pantai pada waktu siang, matahari terbenam dan malam yang mampu memberi ketenangan.
Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pelajar itu kerana menyelami sastera Jepun dengan menghasilkan karya asli sendiri.
Dia yakin bahawa aktiviti sebegini mampu meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran penulisan pelajar.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost
Video persembahan pelajar ini boleh diakses melalui: