Tragedi Ketika Beraya, Remaja Mati Lemas Jatuh Sungai

SIPITANG : Kemeriahan menyambut Aidilfitri berakhir dengan tragedi bagi sebuah keluarga apabila seorang remaja lelaki mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika beraya bersama keluarganya di Kampung Banting, di sini, semalam.

Mangsa berusia 15 tahun itu ditemui berhampiran lokasi dia dikatakan tergelincir sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.20 tengah hari.

Katanya sepasukan 6 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang bersama kenderaan
Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai.

“Mangsa dilaporkan tergelincir ke dalam sungai ketika melintasi jambatan semasa beraya bersama keluarga. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *