Tidak Wajib Imbas MySejahtera Bermula 1 Mei – Khairy

PUTRAJAYA : Beberapa kelonggaran telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini.

Antara yang menarik perhatian adalah imbasan kos QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam.

Pun begitu, beliau memohon agar orang ramai mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

“Individu dengan status High Risk pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan HSO, tidak dibenarkan masuk ke premis.

“Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premisnya,” katanya.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *