Bina Semula Penempatan Di Tapak Kebakaran Kampung Bangau-Bangau – Shafie Apdal

SEMPORNA: Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menggesa kerajaan supaya segerakan pembinaan semula penempatan bagi mangsa kebakaran di Kampung Bangau-Bangau.

Presiden Parti Warisan (Warisan) itu berkata, semasa pemerintahan Warisan, beliau telah meluluskan peruntukan RM8 juta untuk pembinaan semula penempatan mangsa kebakaran.

Walau bagaimanapun, pembinaan semula belum dilaksanakan sehingga kini kerana tapak itu dikatakan tidak sesuai disebabkan aspek keselamatan.

Namun, timbul persoalan jika rumah di kawasan berdekatan boleh dijaga dengan selamat mengapa pembinaan rumah di tapak asal itu dikatakan tidak selamat.

“Mereka yang terjejas kira-kira 700 orang berasal daripada kampung ini dan mereka merupakan penduduk tempatan. Saya minta supaya bina semula penempatan mereka di tapak yang asal,” katanya semasa melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Belia dan Sukan Semporna hari ini. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *