Kesesakan Trafik Luar Biasa Di Sepanggar Susahkan Pengguna – Azis Jamman

KOTA KINABALU: Kelemahan dan kepincangan sistem pengurusan trafik di Sepanggar menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengguna jalan raya.

Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, kerja menaik taraf jalan yang sedang dilakukan menyebabkan kesesakan luar biasa di kawasan Sepanggar.

Azis Jamman

Maka, timbul persoalan adakah Kajian Impak Lalu Lintas (TIA) dilakukan bagi kerja-kerja menaik taraf jalan di Sepanggar?.

“Sekiranya ada, adakah ia telah disemak dan disahkan oleh pihak berwajib iaitu Kementerian Kerja Raya selaku pemilik projek atau Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sselaku pegawai penguasa dan oenasihat teknikal kepada kerajaan negeri dalam projek ini?.

“Adakah laporan TIA tersebut telah dikongsikan kepada rakyat atau pengguna jalan raya Sepanggar khasnya, sepertimana diamalkan di negeri lain?. Untuk makluman, TIA merupakan satu keperluan dan kaedah asas dalam kawalan perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan jalan raya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *