Dua Anggota TLDM Maut Nahas Di Jalan Sabah Port

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian di Jalan Sabah Port, Sepanggar, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU : Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut dalam nahas di Jalan Sabah Port, Sepanggar, di sini, pada malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Ahmad Faiz Mohd Hanif, 39, dan Norasnizam Mohd Alui, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.14 malam.

“Dilaporkan kejadian melibatkan dua motosikal merempuh sebuah treler dari arah belakang.

“Akibat kejadian itu dua penunggang motosikal parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi, pada Khamis.

Tambahnya, pasukan bomba yang tiba bertindak menjalankan operasi sebelum menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pemeriksaan di sekitar lokasi turut dilakukan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.33 malam,” katanya. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *