Cubaan Seludup 60,000 Liter Minyak Petrol Ke Filipina Gagal

LAHAD DATU: Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) mengagalkan cubaan menyeludup keluar minyak petrol dari Lahad Datu ke Filipina dengan penahanan 6 individu termasuk seorang warga asing bersama 3 buah lori yang sarat dengan muatan minyak petrol di Kampung Bakarat, di sini, Isnin lalu.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata pasukan ronda Pos Tungku yang berkekuatan lapan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dua anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menemui tiga buah lori tangki minyak yang tersangkut di laluan berlumpur di ladang kelapa sawit berhampiran pantai Kampung Bakarat, jam 11.30 pagi pada 11 April lalu.

Pasukan keselamatan mengesyaki sesuatu yang mencurigakan kerana lori berkenaan menggunakan laluan tersebut untuk membawa barang kawalan selain kemunculan sebuah tongkang yang bersauh tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Pasukan keselamatan telah melakukan pemeriksaan awal dan mendapati kumpulan penyeludup terbabit terdiri daripada lima rakyat tempatan dan seorang warganegara Filipina berusia antara 23 tahun hingga 54 tahun.

“Pasukan ronda Pos Tungku bertindak menahan kesemua suspek beserta kenderaan dan muatannya dan dibawa ke Balai Polis Tungku,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *