Kereta Terbalik Langgar Dua Ekor Lembu

Kereta yang dipandu mangsa terbalik di atas jalan selepas terlanggar dua ekor lembu. – Foto Ihsan JBPM

KENINGAU: Pemandu berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terlanggar dua ekor lembu di Jalan Pamalan berhampiran Lembaga Getah Malaysia (LGM), di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 37 tahun terbabit turut terbalik akibat kemalangan berkenaan.

Salah seekor lembu yang mati dilanggar. – Foto JBPM

Difahamkan, kemalangan itu juga mengakibatkan kedua-dua ekor haiwan berkenaan mati di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.43 pagi sebelum sepasukan 11 anggota bersama jentera dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, mangsa sudah keluar dari kenderaannya dan tidak mengalami kecederaan. Anggota bomba kemudian membuka kepala bateri kereta sebagai langkah keselamatan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, anggota bomba turut membuat pemeriksaan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 6.22 pagi. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *