Pesawat Penerbangan Kuala Lumpur-Tawau Tiba-Tiba Terjunam! Penumpang Jerit Dan Nangis Ketakutan

Foto flightradar24.com

Pukul 3.20 petang 3hb April (2 hari lalu), sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau jatuh terjunam dengan kelajuan 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam beberapa saat sahaja !

Menurut kata seorang penumpang dalam kapal terbang tersebut. Sebelum kejadian, penumpang sudah dibenarkan tanggalkan tali pinggang. Oleh itu beliau terlambung dari tempat duduk kerana kejadian ini !

10 minit kemudian, penerbangan diteruskan dengan keadaan tidak stabil ! Lepas berjaya naik balik, kapal terbang jatuh terjunam lagi sekali ! Tapi tidak seteruk kejadian kali pertama ! Penumpang yang ketakutan mula menjerit dan menangis kerana ingatkan ajal maut mereka dah sampai.

Masa inilah kapal terbang berpusing ke Melaka dan patah balik ke KLIA ! Mujur semua orang dalam pesawat diturunkan dengan keadaan selamat pada akhirnya ! Dalam bulan Ramadhan ini, mudah mudahan kita semua dilindungiNya daripada sebarang kecelakaan.

Sumber: Facebook Page 8 Channel

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *