Pembukaan Sempadan : Sabah Guna SOP Sama

Terminal Feri Tawau

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (COVID-19) mengambil ketetapan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan kerajaan persekutuan berhubung pembukaan semula sempadan negara dan fasa peralihan ke endemik.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata, Sabah akan melaksanakan semua yang digariskan dalam SOP #Reopening Safely dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan itu yang dikuatkuasakan mulai 1 April.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata faktor penyebab berlakunya peningkatan kes mendadak di Kota Kinabalu adalah disebabkan 25 kes baharu yang membabitkan Kluster Bahtera Kinabalu.

Bagaimanapun, katanya bagi keperluan khusus yang membabitkan pihak berkuasa negeri Sabah, garis panduan atau panduan umum akan dikeluarkan dari masa ke masa dengan mengambil kira situasi semasa di negeri ini.

“SOP #Reopening Safely dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan berdasarkan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(Pelan Pemulihan Negara)(Fasa Peralihan ke Endemik) 2022 juga akan dikaksanakan di Sabah.

“Sebagai tambahan, kita juga akan mengeluarkan panduan umum bagi keperluan khusus yang membabitkan pihak berkuasa di Sabah dengan mengambil kira situasi semasa di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Selain SOP kemasukan pengembara, Sabah turut melaksanakan SOP pembukaan masjid dan surau dengan memansuhkan penjarakan fizikal jemaah seperti diputuskan kerajaan Pusat dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *