COVID-19: Satu Lagi Kluster Pendidikan Diisytiharkan Tamat Di Sabah

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster pendidikan diisytiharkan tamat, dalam perkembangan terkini penularan COVID-19 di Sabah, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata ia membabitkan Kluster Bukit Langsat di Keningau.

Katanya, ia menjadikan hanya dua kluster masih aktif di Sabah.

Seterusnya berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sabah, beliau berkata, sebanyak 234 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan, semalam, membawa kepada jumlah 367,913 kes, setakat ini.

“Satu kematian baharu akibat COVID-19 pula direkod membabitkan daerah Tenom. Seramai 672 lagi pesakit sembuh, menjadikan jumlah kumulatif mencecah 352,404 orang.

“Seramai 289 pesakit pula sedang menerima rawatan, iaitu 273 orang di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam (14), serta masing-masing seorang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan fasiliti swasta,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *