Dua Nelayan Dilaporkan Hilang Di Semporna

Operasi pencarian mangsa. – Foto APMM

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna mengaktifkan Op Carilamat bagi mengesan dua nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Bohey Dulang, dekat sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, mangsa Welson@Jukno, 30, bersama rakannya Osman Palik, 28, dikatakan keluar memukat di kawasan perairan itu dan tidak pulang ke rumah.

Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, salah seorang ahli keluarga mangsa menghubungi telefon bimbit mangsa jam 12.40 tengah hari semalam, namun gagal.

“Bimbang akan keselamatan mereka yang masih berada di laut selepas tempoh 24 jam, pengadu tampil di balai polis untuk membuat laporan,” katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.

Norrimi berkata, susulan itu, dua bot peronda Maritim Malaysia serta sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin (PPM) diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi pencarian awal.

“Operasi diteruskan pagi ini dengan anggaran radius pencarian kira-kira 86 batu nautika,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *