3 Blok Rumah Kongsi Musnah Dalam Kebakaran Di Keningau

Foto Ihsan BOMBA

KENINGAU: Tiga blok rumah kongsi yang menempatkan pekerja sebuah kilang kayu musnah dalam kebakaran di Jalan Patikang, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.32 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Norhasrita Abdul Manan bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 6 kilometer dari balai.

“Semua ketiga-tiga rumah pekerja musnah sepenuhnya manakala sebuah rumah pekerja berhampiran berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 9.14 pagi manakala operasi ditamatkan sepenuhnya jam 10.06 pagi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *