14 PATI Masuk Sabah Secara Haram Berjaya Ditahan

Mereka semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. – Foto ATB2

TAWAU: Seramai 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini secara haram berjaya ditahan oleh pasukan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) melalui Op Benteng Bersama di Kampung Kurnia Jaya, Tawau, Sabah pada Isnin.

Komander ATB2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, semasa kejadian pada jam 7.38 malam, Radar Coastal Surveillance Station (CSS) yang dikendalikan ATB2 mengesan pergerakan sebuah bot bergerak dari sempadan negara jiran dalam keadaan mencurigakan.

Pengesanan itu terus dimaklumkan kepada pasukan Quick Reaction Force (QRF) yang sedang membuat rondaan Op Benteng Bersama untuk menjejaki lokasi yang dikenal pasti.

Kesemua PATI terdiri dari tujuh lelaki dewasa berumur antara 19 hingga 41 tahun, lima wanita dewasa berumur antara 21 hingga 48 tahun dan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berumur antara 2 hingga 9 tahun.

Kesemuanya didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Bagaimanapun, bot yang membawa PATI tersebut gagal dikesan dan dipercayai bersembunyi di kawasan perkampungan atas air itu.

Mereka semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *