Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

Mayat mangsa ditemukan tergantung pada tiang elektrik.  – Foto BOMBA

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Bunga Raya berhampiran Taman Eastern, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu mangsa berusia 41 tahun dikatakan sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan bersendirian sebelum dipercayai terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati seorang mangsa lelaki tergantung pada tiang elektrik dipercayai terkena renjatan arus elektrik.

“Kami menurunkan mangsa menggunakan tangga selepas kerja memutuskan bekalan elektrik dijalankan pihak SESB,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Julius berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat kira-kira jam 10.35 pagi. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *