SPRM Sabah Tahan Guru Besar Salah Guna Wang Sumbangan

Gambar Hiasan

SANDAKAN: Seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan, hari ini, berhubung kes salah guna wang sumbangan berjumlah kira-kira RM8,000.

Menurut sumber, wanita berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi ketika hadir untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun suspek dilepaskan dengan jaminan dan dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan, Sabah minggu ini,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *