Mangsa Banjir Di Kota Marudu Terus Meningkat, 504 Dipindah

KOTA MARUDU: Bilangan mangsa banjir di daerah ini terus meningkat apabila seramai 504 penduduk membabitkan 167 keluarga dipindahkan ke ke dua pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pagi tadi.

Jumlah itu meningkat berbanding 236 mangsa membabitkan 73 keluarga setakat 9 malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, dua PPS yang dibuka adalah di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.

“Seramai 253 penduduk terjejas banjir membabitkan 97 keluarga kini ditempatkan di PPS SMK Tandek manakala 251 mangsa melibatkan 70 keluarga berada di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan.

“Jumlah kemasukan mangsa banjir ke PPS terus bertambah ekoran keadaan paras air masih tinggi.

“Bagaimanapun, beberapa agensi keselamatan terdiri daripada APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan polis sudah membuat pemantauan di semua kampung yang telah dinaiki air,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *