“Sesi Sembang Santai Besama Pemandu e-Hailing Tawau”

TAWAU : Sembang Santai bersama beberapa wakil pemandu e-Hailing sambil mendengar dan berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi tidak menentu akibat pendemik COVID-19.

Beberapa isu telah dibangkitkan dalam perjumpaan ini termasuk masalah yang dihadapi oleh sektor ini antaranya isu kawasan parkir untuk pemandu e-Hailing di Lapangan Terbang Tawau (LTT) selain e-Hailing Vehicle Permit (EVP).

Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Lo Su Fui telah mengambil maklum akan permasalahan berkenaan selain  mencadangkan kepada mereka supaya mengemukakan surat rasmi iaitu melalui persatuan atau gabungan pemandu e-Hailing sebelum dirujuk kepada Pejabat Ketua Menteri dan agensi berkaitan.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada komuniti e-Hailing agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik selain memastikan faktor keselamatan diberikan keutamaan.

LO juga optimis sektor e-Hailing mampu pulih dan berkembang dengan pesat memandang sektor ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *