24 Pelajar Politeknik Sandakan Dijangkiti COVID-19

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seramai 24 Politeknik Sandakan dijangkiti COVID-19, sekali gus mencetuskan Kluster Sungai Batang di Sabah, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu tercetus selepas seorang pelajar lelaki 19 tahun, bergejala demam dan batuk sejak 12 November lalu disahkan positif COVID-19.

“Saringan kontak rapat terhadap 29 pelajar serta dua orang kakitangan seterusnya mendapati 24 kes positif termasuk 11 kes baharu dalam kalangan pelajar asrama institusi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Masidi yang juga dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan sebanyak tiga angka.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 467 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 233,700 kes.

“Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan hari ini iaitu empat kes di Kota Kinabalu manakala masing-masing satu kes di Kudat, Tuaran dan Lahad Datu.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 464 orang menjadikan jumlah kumulatif 223,313 orang.

“Seramai 1,447 pesakit menerima rawatan iaitu 623 orang di hospital, 797 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 24 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan tiga orang di fasiliti swasta,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *