Kecewa Dengan Cara Kerja Kontraktor Pan Borneo Beaufort – Sipitang

BEAUFORT: Ramai pengguna jalan raya kecewa dengan kontraktor Pan Borneo kerana menimbus kedua-dua belah jalan di beberapa lokasi antara Beaufort dan Sipitang dengan batu kelikir.

“Kontraktor sepatutnya perlu siap menurap sebelah jalan dulu dan bukannya menimbus kedua-dua belah jalan menjadi jalan batu kelikir (gravel) kerana ini amat menyusahkan pengguna jalan raya,” kata seorang pemandu yang meluahkan kekecewaannya di Facebook.

Pemandu itu berkata kontraktor Pan Borneo perlu memahami sekiranya pemandu terus menggunakan jalan batu kelikir, kereta mereka akan mengalami kerosakan.

Kadang-kadang batu terpelanting dan kadang-kadang akan memecahkan cermin kereta,” katanya.

“Siapa akan bertanggungjawab atas kerosakan ini? Adakah kontraktor Pan Borneo akan membayar ganti rugi? Kami cukup marah dengan cara kontraktor mengendalikan projek mereka,” tambahnya. 

Pemandu itu turut mendakwa kontraktor terbabit membiarkan lubang-lubang besar di atas permukaan jalan tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk memperbaikinya sehingga menyebabkan hentakkan dan menambah kerosakan pada kereta mereka. – Harian Ekspres

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *