Lelaki Cuba Bunuh Diri Terjun Dari Pencawang Elektrik

Kelibat lelaki di pencawang elektrik dipercayai cuba membunuh diri. – Foto Facebook

SANDAKAN: Pasukan bomba berjaya memujuk seorang lelaki yang cuba terjun melalui menara pencawang elektrik di Jalan Kampung Melayu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai cuba membunuh diri menerusi pencawang elektrik berkenaan namun, sempat diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima laporan mengenai cubaan membunuh diri di menara pencawang elektrik itu pada 12.12 tengah hari dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki berada di menara pencawang elektrik berkenaan.

“Pasukan bomba berjaya memujuk mangsa supaya turun sendiri melalui tangga dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi tamat pada pukul 12.50 tengah hari,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *