6 Daerah Penyumbang Utama Kenaikan Kes Baharu Di Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak enam daerah dikenal pasti terus menjadi penyumbang kes baharu COVID-19 yang tinggi di Sabah.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata enam daerah itu adalah Kota Kinabalu yang mencatatkan sebanyak 95 kes, Kota Belud (68); Tuaran (53); Beaufort (52); Ranau (49) dan Kota Marudu (40).

“Walaupun berlaku peningkatan kes harian di Sabah, jumlah daerah yang mencatatkan penurunan adalah lebih banyak iaitu sebanyak 13, berbanding 10 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu.

“13 daerah itu membabitkan Tenom (17); Sandakan (8); Pitas (5); Penampang (28); Papar (20); Tambunan (25); Tongod (0); Tawau (14); Sipitang (12); Keningau (16); Lahad Datu (12); Telupid (2) dan Semporna (1).

“Empat daerah lagi kekal sebagaimana kes yang dicatatkan semalam iaitu Tuaran (53); Kunak (2); Nabawan (1) dan Kalabakan (0),” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, jumlah kes sporadik atau kes yang dikesan daripada saringan bergejala kekal tinggi iaitu 39.8 peratus atau 243 daripada jumlah kes harian.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, jumlah kes harian COVID-19 hari ini (semalam) kekal mencatatkan kes sebanyak tiga angka.

“Jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 611 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 224,421 kes.

“Sebanyak 10 kes kematian turut dilaporkan iaitu tiga kes di Tawau dan dua kes di Tambunan manakala masing-masing satu kes di Keningau, Kota Belud, Kota Kinabalu, Nabawan serta Sandakan,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *