Edar Dadah: Tiga Individu Tempatan Ditahan Dalam Serbuan Di Hotel

SIPITANG: Tiga individu ditahan dalam serbuan ‘Op Sarang’ yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang di sebuah hotel di pekan daerah ini, semalam.

Operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu turut berjaya merampas dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.

Katanya, sebaik serbuan dijalankan, pasukan operasi berjaya menahan tiga individu tempatan di dalam sebuah bilik bersama dadah jenis syabu.

“Ketiga-tiga tangkapan ini kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sipitang untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan yang dijalankan mendapati, kedua-dua lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine manakala tahanan wanita pula disahkan negatif,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tangkapan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Katanya, soal siasat lanjut yang dijalankan terhadap tangkapan ini turut mendedahkan nama  pembekal dadah berkenaan di daerah Sipitang.

“Pihak polis sedang mengumpul maklumat dan risikan percakapan untuk tindakan selanjutnya mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman 5 tahun di Pusat Pemulihan di Penjara Simpang Rengam Johor,” katanya. -AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *