Sabah Catat Kes Baharu Covid-19 Terendah Dengan 450 Kes

Datuk Seri Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Sabah meneruskan trend penurunan dengan 450 kes positif baharu dicatatkan pada Isnin.

Ini merupakan angka terendah dicatatkan sejak 16 Julai lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dengan penurunan itu, sebanyak 16 daerah turut menunjukkan penurunan kes manakala, lapan daerah mencatatkan peningkatan kes dan tiga daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

Hari ini, hanya dua daerah melepasi catatan 50 kes dan 19 daerah merekodkan kes di bawah paras 20 kes.

Beliau berkata, Kota Belud 64 kes positif, Ranau 56 kes, Kota Kinabalu 43 kes, Tenom 36 kes dan Kinabatangan 33 kes.

Daripada 450 kes hari ini, 266 kes atau 59.11 peratus adalah merupakan kes-kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu. Selebihnya adalah kes-kes yang didaftar beberapa hari selepas keputusan saringan tersebut diperolehi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *