Wanita Maut Diserang Buaya Di Kalabakan

Mayat Fosanih Nansel ditemui penduduk kampung yang mencarinya pada 8 pagi tadi, selepas beliau dilaporkan hilang di sungai kampung itu sejak semalam.

TAWAU: Seorang wanita maut dipercayai akibat diserang buaya di Kampung Serudung Laut, dekat Kalabakan, Sabah, semalam.

Mayat Fosanih Nansel, 22, ditemui penduduk kampung yang mencarinya pada 8 pagi, selepas beliau dilaporkan hilang di sungai kampung itu sejak semalam.

Lokasi dipercayai mangsa diserang buaya.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 8.19 malam memaklumkan mangsa diserang buaya.

“Maklumat daripada keluarga diterima. Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan hari ini.

“Mangsa ditemui penduduk kira-kira 300m dari lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Bernama.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi itu ditamatkan 10.27 pagi kelmarin.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *