Trend Turun Naik Kes Covid-19 Di Sabah Dijangka Berterusan

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menjangkakan trend jumlah kes harian COVID-19 di Sabah akan mengalami peningkatan dan penurunan secara tidak menentu.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun walaupun jumlah kes COVID-19 di Sabah menurun kepada tiga angka sejak 25 September lalu, keadaan ‘turun-naik’ dijangka berterusan.

“Apabila virus sudah berada dalam komuniti, jangkitan sporadik mudah berlaku dan turun naik jumlah kes harian banyak

dipengaruhi sikap serta tahap pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Masidi juga berkata jumlah kes COVID-19 yang dikesan melalui saringan bergejala adalah tinggi selain saringan kontak rapat yang mencatatkan sebanyak 54.02 peratus.

Masidi berkata, jumlah kes harian COVID-19 hari ini kekal tiga angka. Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu adalah 820 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 203,488 kes.

“Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu tiga kes di Sandakan dan Tawau, dua kes di Lahad Datu manakala Beluran, Nabawan, Keningau, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *