9,890 Kes Baharu Covid-19, Tiga Negeri Catat Ribuan Kes

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 9,890 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,313,727 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,413 kes.

Ia diikuti Selangor yang mencatatkan sebanyak 1,402 kes, Kelantan (1,032), Johor (993), Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721), Terengganu (699), Pahang (564), Kedah (503), Melaka (260), Kuala Lumpur (250), Perlis (200), Negeri Sembilan (180) dan Putrajaya (59).

Tiada kes baharu direkodkan di Labuan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *