Hampir 2 Juta Penduduk Dewasa Di Sabah Sudah Lengkap Vaksin

Seramai 266,715 orang atau 62.6% remaja berumur antara 12 tahun hingga 17 tahun di Sabah sudah menerima satu dos vaksin semalam, menurut Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19 di Sabah meningkat kepada 65.2 peratus, selepas lebih seminggu mencapai sasaran 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, peratusan itu mewakili 1,799,391 orang daripada hampir tiga juta penduduk dewasa yang layak divaksin.

Katanya, penduduk dewasa menerima satu dos vaksin pula mencapai 74.2 peratus atau mewakili 2,046,947 orang, setakat kelmarin.

“Jumlah penduduk Sabah yang sudah menerima satu dos vaksin Covid-19 setakat 1 Oktober 2021 adalah seramai 2,313,662 orang. Ini meliputi 2,046,947 orang penduduk dewasa bersamaan 74.2 peratus jumlah penduduk dewasa.

“Bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap pula, seramai 1,799,723 orang direkodkan sehingga semalam (kelmarin). Daripada jumlah itu, seramai 1,799,391 orang atau 65.2 peratus adalah penduduk dewasa,” katanya dalam kenyataan, malam tadi

Beliau berkata, vaksinasi harian Covid-19 di Sabah pula mencatat seramai 22,105 orang menerima vaksin semalam, dengan seramai 16,734 orang penduduk dewasa, manakala 5,371 adalah remaja.

Katanya, setakat kelmarin, seramai 266,715 orang atau 62.6 peratus remaja berumur antara 12 tahun hingga 17 tahun di Sabah sudah menerima satu dos vaksin, manakala seramai 332 orang sudah lengkap vaksin.

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, berkata kes harian Covid-19 di negeri ini terus menunjukkan penurunan dengan hanya 784 kes dilaporkan semalam berbanding 873 kes, kelmarin. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *