100 Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran Di Semporna

SEMPORNA, 28 Sept : Lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila 27 rumah di Kampung Tabunan, Pulau Bum Bum dekat sini musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Hizam Borhan berkata sembilan anggota bomba termasuk anggota Balai Bomba Atas Air Semporna, bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.40 tengah hari.

Katanya setiba di lokasi, pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan pam angkut dan mengalami kesukaran pemadaman ekoran keadaan air laut surut, dan hanya menggunakan sumber air perigi. 

“Sebanyak 11 rumah berjaya diselamatkan dalam kejadian itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan dan kebakaran berkenaan berjaya dikawal sepenuhnya pada 3.57 petang.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *