201,372 Remaja Di Sabah Terima Vaksin Lengkap

KOTA KINABALU: Seramai 201,372 remaja berusia antara 12 sehingga 17 tahun di Sabah menerima vaksin lengkap imunisasi COVID-19 setakat hari ini.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata penerima vaksin lengkap kalangan remaja menghampiri 50 peratus dari hari pertama vaksin diberikan kepada remaja sejak 16 September lalu.

“Penerima dos lengkap dalam kalangan remaja seramai 201,372 orang dan ini bersamaan sebanyak 47.2 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai status vaksinasi di Sabah, Masidi yang juga Menteri Kewangan II negeri berkata, seramai 1,672,329 atau 61.6 peratus penduduk dewasa di negeri ini menerima dua dos vaksin lengkap.

“Selain itu, kumulatif penduduk Sabah yang menerima vaksin dos pertama dan vaksin Cansino setakat semalam adalah seramai 2,179,961 orang.

“Ini meliputi 1,978,589 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 72.8 peratus jumlah penduduk dewasa,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *