14,990 Kes Positif Covid-19 Baharu Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 14,990 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,142,924 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,414 kes.

Ia diikuti Johor dengan 1,880 kes, Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199), Kedah (1,007), Terengganu (852), Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313), Negeri Sembilan (170), Perlis (97), Putrajaya (30) dan Labuan (3).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *