(TERKINI) Kota Kinabalu, Penampang & Tuaran Dilanda Banjir Kilat

Hujan lebat berterusan bermula awal pagi Selasa sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran. – Gambar Facebook

KOTA KINABALU : Hujan lebat berterusan bermula awal pagi Selasa sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, semua agensi terlibat kini sedang melakukan pemantauan di kawasan hotspot banjir dan persediaan telah dilakukan awal bagi menghadapi bencana banjir di negeri ini.

Hujan lebat berterusan bermula awal pagi Selasa sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran. – Gambar Facebook

“Sungai Moyog didapati pada paras bahaya dan Jalan Datuk Panglima Banting terjejas kedua-duanya di Penampang.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menghadapi situasi ini. Tiada mangsa banjir dipindahkan dan tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan dilanda banjir di Kota Kinabalu antaranya Likas, Kolombong dan Manggatal, selain di Penampang antaranya Kolopis dan Donggongon, serta di Tuaran antaranya di Salut, Telipok dan Rugading.

Beberapa jalan menuju ke Kota Kinabalu dari Tuaran turut terjejas antaranya Jalan Salut dan Jalan Sulaman, manakala tinjauan mendapati jalan itu tidak dapat dilalui kenderaan mengakibatkan kesesakan lalu lintas kira-kira tiga kilometer.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk kawasan pantai barat Sabah pada jam 8.35 pagi Selasa.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Belud. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *