Pelajar Tidak Perlu Berpakaian Seragam Ke Sekolah Tahun Ini, Kata Menteri

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Radzi Jidin berkata, pelajar tidak diwajibkan berpakaian seragam sekolah, sebaliknya mereka boleh memilih pakaian bersesuaian untuk menghadiri kelas fizikal mulai bulan depan.

Tetapi, katanya, pelajar perlu berpakaian kemas dan sopan, jika baju seragam sekolah mereka tidak sesuai dipakai lagi.

“Kita tidak mahu beri tekanan kepada ibu bapa menyediakan pakaian baharu…matlamat kita hanya mahu anak-anak ke sekolah sahaja,” katanya dalam sidang media hari ini.

Kementerian Pendidikan akan membuka semula sekolah secara berperingkat mulai 3 Okt ini, kecuali kebanyakan sekolah di bawah Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara yang akan terus ditutup.

Bagi sekolah di negeri bawah Fasa 3 dan 4, setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu secara bersemuka serta pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), yang akan bergilir-gilir setiap minggu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *