26 Rumah Setinggan Hangus Terbakar Di Telipok

Gambar Ihsan Bomba

KOTA KINABALU : Lebih 115 individu kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan 26 rumah di penempatan setinggan Telipok, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu menerusi MERS 999 pada kira-kira 1.07 tengah hari.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Lintas, Tuaran serta Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu namun maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya yang dihubungi pemberita hari ini.

Misran berkata kebakaran itu berjaya dikawal pada 2.23 petang dan pemantauan kawasan kejadian sedang dijalankan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *