19,307 Kes Positif Covid-19, 323 Lagi Kematian Dicatat Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19,307 kes Covid-19 dan 323 kematian setakat hari ini.

Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,919,774.

Hisham berkata, terdapat 24,855 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 1,657,486.

Sebanyak 242,802 kes aktif dengan 967 pesakit dalam rawatan intensif hari ini, manakala 464 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 323 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 19,486 kes.

Sarawak mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 3,118, mengatasi Selangor yang mempunyai 2,700 kes.

Ia diikuti oleh Sabah (2,298), Pulau Pinang (2,243), Johor (2,032), Kelantan (1,438), Kedah (1,355), Perak (1,341), Terengganu (910), Pahang (661), Kuala Lumpur (513), Melaka (340), Negeri Sembilan (207), Perlis (108), Putrajaya (28) dan Labuan (15).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *