17,352 Kes Baharu Covid-19, 272 Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 17,352 kes baharu Covid-19 dan 272 kematian, manakala 20,201 pesakit sembuh.

Ini menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,862,187 kes setakat ini dengan 1,591,028 daripadanya kes pulih dan 18,491 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 252,668 kes aktif dengan 435 daripada 975 pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,714 kes.

Ia diikuti Selangor dengan 2,126 kes, Johor (2,101), Sabah (1,844), Kedah (1,599), Pulau Pinang (1,558), Kelantan (1,213), Perak (1,082), Terengganu (700), Pahang (463), Kuala Lumpur (398), Melaka (295), Negeri Sembilan (193), Perlis (38), Putrajaya (23) dan Labuan (5).

Ini kali pertama jangkitan harian Sarawak mencapai 3,000 kes, dengan rekod sebelum ini adalah 2,992 kes pada 2 Sept lalu.

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan ialah kes import dan baki 17,344 kes penularan tempatan membabitkan 15,122 warganegara serta 2,222 warga asing.

Hisham berkata, 17,084 daripada jumlah kes baharu itu adalah Kategori 1 dan 2, manakala 238 orang dalam Kategori 3 hingga 5 membabitkan 191 kes (71.3%) tidak ada atau tidak lengkap vaksinasi berbanding 77 kes lengkap divaksin.

“Sebanyak 11,441 kes (65.9%) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau telah menerima dua dos vaksin, tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua.

“Manakala 5,911 kes (34.1%) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap,” katanya dalam kenyataan.

Daripada 272 kematian itu, 227 ialah warganegara dan 45 warga asing, dengan semua kecuali 105 orang mempunyai sejarah penyakit lain, manakala 81 kes meninggal dunia di luar hospital.

Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.96 setakat semalam.

Sarawak mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.17, disusuli Perlis (1.15), Johor (1.10), Terengganu (1.08), Pulau Pinang (1.06), Perak (1.06), Kelantan (1.03), Sabah (1.01), Kedah (0.98), Pahang (0.97), Putrajaya (0.95), Selangor (0.88), Melaka (0.86), Kuala Lumpur (0.82) dan Negeri Sembilan (0.81). – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *