Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 96 Orang

KOTA KINABALU, 4 Sep : Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 96 orang daripada 31 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 68 orang daripada 21 keluarga malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 78 mangsa daripada 26 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan DSP DUN Banir di Beaufort, manakala 15 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Mini Mesapol, Sipitang.

Menurut kenyataan itu, seramai tiga mangsa daripada satu keluarga dari Kampung Kolopis, Penampang dipindahkan ke PPS Rumah Kelab Kompleks Sukan di Penampang yang baru dibuka malam tadi.

“Sehingga pagi ini selain Beaufort, Sipitang dan Penampang sebanyak tiga lagi daerah dilanda banjir iaitu Kota Kinabalu, Tuaran dan Keningau bagaimanapun tiada mangsa manjir dipindahkan di daerah itu setakat pagi ini.

“Banjir berlaku akibat hujan lebat di sekitar pantai barat Sabah beberapa hari ini dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dijangka terus berlaku sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *