Kes Covid-19 Turun Lagi, 19,268 Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA : Kes harian positif Covid-19 menunjukkan penurunan hari ini apabila merekodkan 19,268 kes berbanding 20,579 kes pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitter miliknya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,725,357 kes.

Beliau berkata, Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,567 kes diikuti Sabah (2,310), Sarawak (2,028), Johor (2,265), Kedah (2,084) dan Pulau Pinang (1,780).

“Sebanyak 1,308 kes direkodkan di Kelantan, Perak (1,144), Pahang (788), Terengganu (544), Kuala Lumpur (672), Melaka (395), Negeri Sembilan (269), Perlis (71), Putrajaya (41) dan Labuan (2),” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *