22,642 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 22,642 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,616,244 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 6,325 kes.

Ia diikuti Sabah (3,224), Kedah (2,279), Johor (1,832), Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390), Kuala Lumpur (1,128), Terengganu (744), Pahang (522), Melaka (342), Negeri Sembilan (269), Perlis (44), Putrajaya (21) dan Labuan (empat).

Jumlah jangkitan harian yang dicatatkan Kedah, Johor, Kelantan dan Perak hari ini adalah rekod tertinggi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *