10 Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di Sabah

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 26 dan 27 Ogos ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, 10 lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 26 dan 27 Ogos hingga 8 dan 9 September adalah seperti berikut:

  • Tiga lokaliti di Telupid, melibatkan Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi, dan Kampung Ladang Melia.
  • Dua lokaliti di Penampang, melibatkan Beverly Hills Fasa 5 dan Kampung Nambazan.
  • Dua lokaliti di Ranau, melibatkan Kampung Lohan Ulu dan Kampung Libang.
  • Rancangan Batu 22 Apas, Tawau.
  • Kampung Landung Ayang, Kudat.
  • Kampung Pengalat Kecil, Papar.
  • Kampung Pulau Penampang Kota Kinabalu.
  • Dua lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kampung Gudon Menggatal dan Kampung Lobou.
  • Kampung Menunggui Kota Belud.
  • Kampung Tengah, Kinarut, Papar.
  • Kampung Timbua, – Kembiroi – Lobou Baru, Ranau.

Pelanjutan PKPD pada 27 Ogos hingga 9 September:

  • Enam lokaliti di Tuaran, Sabah melibatkan Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Serusop, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.
  • Dua lokaliti di Tawau, Sabah Kampung Bergosong Pulau Sebatik Dan PPR Taman Sri Batu Apas 8.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *