Azmin Calon Utama TPM, Kata Sumber

Nama Azmin Ali kuat diperkatakan sebagai timbalan perdana menteri.

KUALA LUMPUR: Bekas menteri kanan Azmin Ali dikatakan calon utama untuk mengisi jawatan timbalan perdana menteri.

Sumber daripada Bersatu memberitahu FMT, perbincangan antara pemimpin Umno dan Bersatu diadakan semalam dan “semua menunjukkan Azmin sebagai timbalan perdana menteri”.

“Setelah mendengar semua pihak, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dikatakan bersetuju dengan keputusan itu.

“Sampai sekarang, nama Azmin masih kuat diperkatakan sebagai timbalan perdana menteri yang seterusnya,” kata sumber itu.

Katanya, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, yang juga bekas menteri dalam negeri, turut disebut-sebut sebagai calon TPM dikatakan tidak mempunyai sokongan sebanyak Azmin.

Sumber itu berkata, Azmin adalah pesaing utama kerana beliau membawa 10 Ahli Parlimen bersamanya daripada PKR dan dianggap “paling senior” untuk mengambil peranan dalam Bersatu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *