6 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 26 Ogos

KOTA KINABALU: Sebanyak enam lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 26 Ogos hingga 8 September ini.

PKPD di Sabah akan dilaksanakan di dua lokaliti di Tawau, membabitkan Kampung Sentosa Blok 4 dan Batu 2, Lorong Saddani, manakala dua lokaliti di Kota Belud membabitkan Kampung Sayap dan Kampung Rampayan Laut.

Turut dilaksanakan PKPD adalah di Kuarters Kilang Mee Tien Hock, Penampang dan Taman Sri Panglima, Beaufort.

Sementara itu, enam lokaliti di Sabah, yang sedang dilaksanakan PKPD dan dijadualkan berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 8 September depan.

Ia membabitkan Kampung Pulau Penampang, Kampung Gudon, Manggatal dan Kampung Lobou di Kota Kinabalu; Kampung Menunggui, Kota Belud; Kampung Tengah, Kinarut, Papar dan Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau.

Dalam perkembangan lain, MKN turut mengumumkan penamatan PKPD esok di enam lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah, membabitkan Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia, Taman Putera Jaya dan Kuarters Kilang J&L, Jalan Kokol.

Lokaliti lain di Sabah adalah Kampung Petagas, Putatan; Kampung Pogunon, Penampang; Kampung Batu 1, Sipitang; Kampung Bukit Kukusan, Tawau; Kampung Batu-Batu, Tenom; Kampung Tempasuk 1 dan Kampung Tambulaung, Kota Belud dan Kampung Tagibang, Kota Marudu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *