19,807 Kes Baharu Covid-19, Sabah Catat Kes Tertinggi Selepas Selangor

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 19,807 kes baharu positif Covid-19 sewtakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 1,555,093.

Bagaimanapun, Selangor masih mencatat kes tertinggi dengan bilangan kes baharu sebanyak 5,379 diikuti dengan Sabah iaitu 2,638 kes. Manakala, terdapat lima buah negeri masih mencatat kes lebih dari 1,000 iaitu negeri Johor (1,391), Sarawak (1,772), Kedah (1,948), Pulau Pinang (1,501) dan Kelantan (1,196).

Bagi negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mencatat penurunan kes pada hari ini dengan mencatat 999 kes sahaja.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *