Sidang DUN Sabah Ditangguh

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah yang di Teluk Likas.

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang sebelum ini dijadual berlangsung selama tiga hari bermula Selasa depan ditangguhkan ke 21 September hingga 23 September.

Penangguhan itu dimaklumkan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, satu Warta Kerajaan sudah dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong bertarikh 17 Ogos memaklumkan perubahan itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Berdasarkan warta berkenaan, penangguhan dilakukan kerana mengambil kira keadaan semasa yang tidak mengizinkan untuk persidangan DUN diadakan minggu depan.

Awal bulan ini, Kadzim mengumumkan persidangan DUN Sabah diadakan bermula 24 Ogos hingga 26 Ogos, bermula dengan upacara pembukaan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Kali terakhir DUN Sabah bersidang ialah pada Disember tahun lalu iaitu ketika pembentangan Belanjawan Negeri 2021. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *